Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

SOP Persembahan Penerbangan Raptai Lintas Hormat Sedia Diteliti Semula – MINDEF

Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bersedia untuk meneliti keperluan melihat semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi persembahan penerbangan raptai berikutan tragedi nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, Selasa lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keperluan bagi meneliti semula SOP tersebut akan ditentukan selepas pihaknya menerima laporan penuh siasatan berkaitan nahas tersebut.

Foto: Kosmo

“Dari laporan itu, kita akan melakukan perkara yang sewajarnya dilakukan dan mengambil pengajaran yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khaled juga berkata, lembaga siasatan yang ditubuhkan TLDM berkemungkinan akan memanggil semua pihak yang berpotensi termasuklah syarikat pembekal helikopter untuk membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Jawatankuasa (lembaga siasatan) dibentuk dan mereka akan melihat, akan tentukan siapa yang akan (dipanggil untuk) membantu (siasatan).
Kita mesti nak tahu sejelas-jelasnya apa yang berlaku. Tiada apa yang mahu diketepikan dan disorokkan,” ujar beliau.

Foto: TheStar

Terdahulu, dua helikopter bertembung di udara sebelum masing-masing terhempas sewaktu menjalani raptai sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan akan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan.

Sambutan itu dibatalkan dan diganti dengan majlis bacaan doa selamat serta tahlil berikutan seramai 10 kru dan penumpang dilaporkan terkorban dalam nahas berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Rusyaidi Hafiz Shahid)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd