Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

SLS Dapat Kebenaran Cabar Hak 40 Peratus Hasil Sabah Yang Dikutip Persekutuan

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap kebenaran yang diberikan Mahkamah Tinggi kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) berkaitan dengan semakan kehakiman 40 peratus hasil Sabah pada November 2022 lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, bekas Presiden SLS Datuk Roger Chin berkata, SLS kini boleh meneruskan prosiding semakan kehakiman berkaitan dengan kelayakan Sabah mendapatkan semula 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri itu.

Foto: Berita Harian

“Rayuan Peguam Negara ditolak tanpa perintah mengenai kos. Perbicaraan substantif semakan kehakiman akan didengar Mahkamah Tinggi,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa SLS akan mengeluarkan kenyataan penuh berkaitan dengan perkara tersebut selepas ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memberikan kebenaran kepada SLS memulakan semakan kehakiman berhubung dakwaan kegagalan kerajaan persekutuan memulangkan 40 peratus hasil tahunan yang diperoleh kerajaan Sabah kepada kerajaan negeri pada 11 November 2022.

Susulan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Ismail Brahim membenarkan permohonan SLS mendapatkan kebenaran untuk meneruskan semakan kehakiman kerana mempunyai locus standi untuk berbuat demikian kerana ia adalah litigasi berkepentingan awam.

Foto: Berita Harian

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) bagaimanapun memperoleh perintah penangguhan bagi menghalang Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, SLS telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan warta Kerajaan Persekutuan ke atas Sabah, iaitu geran tahunan sebanyak RM125.6 juta dengan mendakwa perkara tersebut melanggar hak hasil negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd