Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Elak Kanak-Kanak Tercicir, Beberapa Van Sekolah Di Johor Dilengkapi Sistem penggera

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin mendedahkan beberapa van sekolah di Johor dilengkapi dengan sistem penggera.

Menurut laporan Harian Metro, tindakan itu diambil sebagai usaha untuk menggelakkan kanak-kanak tertinggal di dalam van dimana penggera itu akan memberi amaran kepada pemandu atau pengiring.

Sistem penggera

Sistem penggera

“Sistem penggera akan mengesan kehadiran penumpang dan mengeluarkan bunyi atau notifikasi jika ada yang tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong Bor Yang (Senai-PH) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, di sini, hari ini.

Artikel lain: Kedah Beri Tempoh Hingga Disember, Larangan Penuh Penjualan Vape – Mansor Zakaria

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sistem penggera

Bukan itu sahaja, Aznan turut berpandangan kamera litar tertutup (CCTV) atau aplikasi pemantauan dalam masa nyata juga digalakkan untuk dipasang dalam van atau bas sekolah.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia disyaki selepas tertinggal dalam van sekolah selama lebih empat jam di Taman Bukit Indah.

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd