Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Banjir Hat Yai: Anak Terpaksa Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk

Air yang deras tidak mengenal ampun, menenggelamkan segala-galanya dalam sekelip mata, termasuk ketabahan seorang wanita di Hat Yai.

Dalam kepanikan dan kehilangan yang menyayat hati, dia terpaksa menempatkan mayat ibunya yang lemas ke dalam sebuah peti sejuk terapung agar tidak dibawa arus deras.

mayat ibu

Foto: Bangkok Post

Menurut laporan Bangkok Post, kejadian berlaku di Kampung The Rich, tambon Ban Pru, daerah Hat Yai, di mana rumah wanita itu hampir tenggelam sepenuhnya.

Artikel lain: Operasi Pindahkan Pelajar UUM Terkandas Banjir Hatyai Bermula Pagi Ini

Pasukan penyelamat dari Phuket menemui wanita tersebut memegang peti sejuk yang terapung di dalam rumah, ketika air telah naik hampir ke bumbung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu memberitahu,

“Air naik terlalu tinggi sepanjang malam. Ibu saya dah tak mampu untuk bertahan.”
mayat ibu

Foto: Bangkok Post

Difahamkan ibu wanita itu yang berusia 80 tahun, lemas ketika paras air meningkat dengan cepat.

Demi mengelakkan tubuhnya hanyut dibawa arus, wanita itu meletakkan mayat ibunya ke dalam peti sejuk ketika air mencecah kira-kira 1.8 meter.

Video rakaman detik penyelamatan dikongsi oleh anggota pasukan dari Phuket pada Selasa, memaparkan saat menyayat hati ketika mereka menemui wanita itu bersama peti sejuk yang menempatkan ibunya.

Video itu dimuat naik dengan kapsyen,

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hati saya hancur kerana kami sampai terlalu lambat.” tulisnya.
mayat ibu

Foto: Bangkok Post

Akhirnya, wanita dan mayat ibunya berjaya dibawa ke kawasan darat yang selamat selepas air mula surut. Di situ, wanita itu rebah, jelas tertekan akibat pengalaman ngeri yang dialaminya.

Kisah ini mendapat perhatian netizen dan segera menimbulkan gelombang simpati, di samping panggilan segera untuk membantu penduduk lain yang masih terperangkap dalam banjir.

Banjir yang melanda beberapa wilayah di selatan Thailand telah menjejaskan kehidupan lebih 2.78 juta penduduk, dengan ratusan ribu rumah ditenggelami air.

Sumber:Bangkok Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd