Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siar Gambar Kanak-kanak Saksi Pendakwaan, Kakak Arwah Bella Direman

Polis Daerah Batu Pahat menahan reman sehari kakak kepada mangsa pembunuhan kejam, Mila Sharmila Samsusah atau Bella di bawah seksyen 15 Akta Kanak- kanak 2001 pagi tadi.

Foto: Astro Awani

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, penahanan reman sehari terhadap wanita 36 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada Jumaat lalu.

Beliau juga berkata, pengadu menyatakan gambar anaknya berusia empat tahun yang merupakan saksi pendakwaan bersabit satu kes pembunuhan di Batu Pahat telah disebarkan melalui TikTok Live.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Majoriti

“Susulan daripada itu, lebih kurang jam 2.10 pagi tadi pihak polis telah menahan seorang wanita warga tempatan, semasa dia tampil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis daerah Batu Pahat.
“Polis juga turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk membuat TikTok Live tersebut bagi siasatan lanjut,” katanya.
Ismail berkata, wanita itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk permohonan reman dan diluluskan oleh Majistret Nurasidah A Rahman untuk direman sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.
“Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Sek. 15 Akta Kanak- kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” ujarnya.

Foto: Google

Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak membuat dan menyebarkan apa-apa spekulasi yang boleh mengganggu siatan pihak polis.

Sementara itu, peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili kakak Bella turut hadir ketika prosiding reman memberitahu anak guamnya direman sehari selepas mahkamah menolak permohonan pegawai penyiasat untuk reman tiga hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Siti Nur Aqilla Omar)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd