Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sering Minta Makanan, Lelaki Kurang Siuman Maut Ditikam Peniaga Foodtruck

Seorang lelaki dipercayai kurang siuman meninggal dunia akibat ditikam oleh peniaga makanan di pekan Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Memetik laporan Harian Metro, saksi yang enggan dikenali mengatakan mangsa dipercayai kurang siuman dan selalu merayau di sekitar pekan Lukut.

Bukan itu sahaja, mangsa juga selalu memnta makanan kepada peniaga di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, nasibnya pada kali ini malang kerana ditikam oleh peniaga kenderaan saji atau foodtruck.

“Dia memang selalu minta makanan kepada peniaga di kawasan ini tetapi kali ini dia bernasib malang kerana ditikam dengan menggunakan barang tajam oleh peniaga kenderaan saji atau foodtruck,”ujarnya.

Dah tikam terus larikan diri

Ujar saksi, difahamkan peniaga itu datang dari Segamat dan lari dengan menggunakan Proton Wira berwarna putih sebaik sahaja menikam mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara tu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada jam 7.35 malam di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson.

Malah, pihak polis turut menerima maklumat bahawa mangsa ditikam dengan menggunakan objek tajam di lokasi kejadian.

“Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah,”ujarnya.

Tambah Muhamad Mustafah, mangsa berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 7.55 malam selepas diperiksa oleh Pegawai Perubatan sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dan bedah siasat. Sehingga kini pihak polis masih giat mengesan suspek dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pihak polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222

Sumber: Harian Metro (Mohd Khidir Zakaria), FB search

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd