Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sering Dipukul Hingga Lebam Punca Suami Britney Spears Minta Cerai?

Bintang popular, Britney Spears dan suaminya, Sam Asghari telah berpisah selepas 14 bulan mendirikan rumah tangga bersama.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Asghari menerusi hantaran di IG storynya yang mengatakan perpisahan tersebut telah dibuat atas persetujuan bersama.

“Selepas enam tahun mencintai antara satu sama lain, saya dan isteri telah membuat keputusan untuk mengakhiri perjalanan kami bersama.
“kami akan berpegang pada kasih sayang dan rasa hormat yang kami ada antara satu sama lain dan saya doakan yang terbaik untuknya,” Ujarnya menerusi perkongsian tersebut.

Pun begitu, ada sumber yang mengatakan lelaki yang berusia 29 tahun itu sudah tidak tahan dengan sikap selain mendakwa dia sering diserang dipukul oleh Britney.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Asghari pernah dibaling dengan barang dan ditumbuk oleh Britney sewaktu tidur sehingga menyebabkan matanya cedera dan lebam di bahagian tangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia mendakwa Britney menyimpan pisau di dalam bilik sehingga membuatkan Asghari hidup dalam ketakutan ketika bersamanya.

Bagaimanapun, Britney tidak memberi sebarang respon atau jawapan mengenai dakwaan tersebut.

Sekadar info, Asghari dan Britney berkahwin pada tahun 2020 dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri sekitar 60 orang tetamu.

Sumber: Instagram @Sam Asghari, @Gempak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd