Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Lelaki Serang Wartawan Sukan Haresh Deol, Direman Tiga Hari

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun kerana disyaki terbabit dalam insiden mencederakan wartawan sukan, Haresh Deol, dalam kejadian berhampiran Bangsar Village semalam.

Wartawan sukan dipukul oleh tiga orang

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata,  penahanan itu dibuat oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Brickfields pada pukul 2 pagi.

wartawan sukan

Foto: Astro Awani

Artikel lain: Wartawan Senior Sukan Diserang Di Bangsar, GERAMM Gesa Tindakan Tegas

Berikutan penangkapan tersebut, polis memperoleh perintah reman selama tiga hari terhadap suspek sehingga 28 November 2025.

“Permohonan reman dikemukakan di hadapan Majistret Kuala Lumpur dan telah dibenarkan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai menyerang dan memukul Haresh dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang berhampiran Jalan Telawi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
wartawan sukan

Foto: Sosial Media

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa sedang berjalan di kaki lima menuju ke Jalan Telawi sebelum dihampiri tiga suspek yang kemudian menyerangnya hingga menyebabkan kecederaan.

Pihak polis kini meneruskan siasatan bagi mengesan baki suspek dan memastikan individu terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: Kosmo! (Mohd. Fahmi Ismail)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd