Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Dilaporkan Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Seorang jemaah haji wanita Malaysia bagi musim haji 1447H/2026M dilaporkan meninggal dunia di Makkah pada Ahad akibat pendarahan otak.

Meninggal akibat pendarahan otak

Memetik laporan Sinar Harian, Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Allahyarham berasal dari Parit Jawa, Johor dan berusia 52 tahun, serta menunaikan ibadah haji seorang diri di Tanah Suci.

Menurut TH, Allahyarham merupakan jemaah dalam kumpulan KT08 dan menginap di Hotel Rehab Al-Janadriyah.

“Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Shefaa pada jam 5 pagi akibat pendarahan otak,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Artikel lain: Pernah Dirawat Di Makkah, Jemaah Haji Meninggal Dunia Selepas Dibawa Pulang Ke Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat Zuhur semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sharai’, Makkah.

TH turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Sumber: Sinar Harian (Rosli Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd