Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Selangor Dah Bye Bye!!” – Tauliah Mengajar Abdullah Khairi Ditarik Oleh MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi yang berkuatkuasa pada 27 September lalu.

Melalui satu hantaran di akaun Instagram baru-baru ini, beliau memuat naik surat yang dihantar oleh pihak MAIS menyatakan penarikan balik tauliah mengajarnya.

Kandungan surat tersebut mengatakan MAIS menarik balik tauliah mengajar beliau dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS pada tarikh yang sama penarikan itu berkuatkuasa.

Selepas penarikan tersebut, pendakwah bebas itu tidak boleh menjalankan ceramah umum atau mengajar mengenai agama Islam di Selangor lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, beliau juga perlu mengembalikan kad tauliahnya kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, surat berkenaan tidak menyatakan sebab kepada penarikan tauliah mengajar pendakwah itu yang berbaki sehingga 31 Disember 2024.

Dalam surat itu juga, beliau dibenarkan untuk membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan Jawatankuasa Tauliah MAIS dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.

Sumber: Instagram @abdullahkhairi_official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd