Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sekali Seumur Hidup, Lisa BLACKPINK Sendiri Tawar Diri Menari Ghairah Di Crazy Horse Paris

Pada tahun lalu, penyanyi terkenal dari Korea Selatan, Lisa Blackpink menggemparkan ramai pihak berhubung penglibatannya muncul membuat persembahan tarian ghairah di Crazy Horse Paris.

Susulan itu, Lisa atau nama sebenarnya Lalalisa Pranpriya Manobal menerima banyak kecaman kerana penglibatannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat.

Lama mendiamkan diri selepas persembahan kontroversi, kelab malam Crazy Horse Paris mengemaskini maklumat mengenai penglibatan Lisa Blackpink di laman web rasmi mereka.

Lisa blackpink crazy horse

Menerusi artikel dimuat naik, kelab malam berkenaan memaklumkan penglibatan pelatun lagu Money adalah atas kemahuan penyanyi itu sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Lisa sendiri yang mengusulkan cadangan untuk membuat persembahan di kelab malam berkenaan kerana ia adalah salah satu pengalaman yang mahu dirasainya sendiri.

“Sebagai peminat Crazy Horse Paris, Lisa sendiri menawarkan diri untuk merealisasikan impiannya bagi menyertai barisan penari-penari terkenal kelab ini.
“Di atas pentas, beliau berubah menjadi Crazy Girl. Setiap persembahan adalah bukti kecemerlangannya di atas pentas dan keupayaannya untuk memukau penonton,”petik kenyataan di laman sesawang Crazy Horse Paris.

Lisa blackpink crazy horseArtikel lain: Imej Lisa BLACKPINK Terjejas Gara2 Persembahan Di Crazy Horses?

Pengalaman Lisa Blackpink sebagai seorang selebriti dan penyanyi terkenal membuatkan penonton merasaikan karakter yang dibawanya di atas pentas sambil membuat tarian mengghairahkan.

Ramai selebriti terkenal turut serta memberi sokongan kepada Lisa termasuk rakan-rakan ahli anggota Blackpink lain iaitu Rosé, Jisoo, dan Jennie sepanjang persembahan pada 28 September sehingga 30 September 2023.

Selain itu, peminat juga hadir memberi sokongan di luar kabaret meskipun mereka tidak boleh masuk melihat sendiri persembahan penyanyi berusia 27 tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lisa blackpink crazy horse

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd