Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Saya Benar-Benar Bertaubat…”- Bapa Ratah Anak Kandung Dipenjara 270 tahun, 180 sebatan

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19 Mac lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Ahmad Faizadh Yahaya turut menjatuhkan hukuman 70 sebatan terhadap lelaki yang bekerja sebagai guru di sebuah pusat tuisyen di Lahad Datu itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, dengan semua hukuman penjara berjalan secara berasingan.

Bagaimanapun, pelaksanaan sebatan dihadkan kepada 24 kali mengikut Seksyen 288(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh sebelum ini mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan merogol anak kandungnya yang kini berusia 25 tahun di beberapa hotel di Tawau, dengan kejadian terakhir berlaku pada 18 dan 19 Mac lalu.

Dalam rayuannya, tertuduh mengakui kesal atas perbuatannya dan berharap diberi peluang untuk memohon maaf kepada keluarga.

“Saya benar-benar bertaubat dan sangat menyesal. Mudah-mudahan saya menjadi orang terakhir yang melakukan perkara seperti ini, selain berharap diberi peluang sekiranya dibebaskan kelak untuk bertemu anak-anak serta keluarga bagi memohon maaf kepada mereka,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira kesalahan dilakukan terhadap anak kandung sendiri yang disifatkan sebagai kesalahan seksual serius.

Pendakwaan berkata perbuatan tertuduh bukan sahaja mencabuli maruah mangsa, malah merosakkan institusi kekeluargaan yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan seorang anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah turut dimaklumkan tertuduh sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 165 tahun dan 110 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Lahad Datu.

Dengan keputusan hari ini, tertuduh kini berdepan keseluruhan hukuman 270 tahun penjara dan 180 sebatan.

Sumber: Harian Metro (Abdul Rahemang Taiming)

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd