Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sarawak Bakal Perluas Bas Sekolah Percuma, Kurangkan Kesesakan & Tingkat Keselamatan Murid

Sarawak Bakal Perluas Bas Sekolah Percuma

Inisiatif bas sekolah percuma yang dilaksanakan sebagai projek perintis di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No. 6 di sini akan diperluaskan ke lebih banyak sekolah susulan kejayaannya mengurangkan bilangan kenderaan persendirian di kawasan sekolah serta meningkatkan tahap keselamatan murid.

Memetik laporan BERNAMA, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata berdasarkan statistik dan sistem pengesanan yang digunakan, jumlah kenderaan di jalan sekitar sekolah berkenaan menunjukkan penurunan ketara.

Ia sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“Bas sekolah itu turut dilengkapi dengan teknologi pengesanan masa sebenar dan sistem komunikasi dua hala yang meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.
“Melalui sistem pendigitalan ini, ibu bapa boleh memantau pergerakan bas serta berhubung secara langsung dengan anak-anak sepanjang perjalanan,” katanya, hari ini.

Artikel lain: Berjaya Atasi Selangor! Sarawak Kekal Negeri Berpendapatan Tinggi 3 Tahun Berturut

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sarawak Bakal Perluas Bas Sekolah Percuma

Katanya lagi, selain aspek keselamatan, inisiatif itu turut memberi manfaat langsung kepada ibu bapa dengan mengurangkan keperluan menghantar dan mengambil anak ke sekolah serta membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kerajaan negeri menanggung sepenuhnya kos pelaksanaan program termasuk penyediaan bas dan bayaran berkaitan bagi memastikan kelangsungan serta keberkesanan inisiatif ini.
“Inisiatif ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam selamat dan cekap, mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian serta menyokong pembangunan bandar lebih lestari,” katanya lagi.

Tambah beliau, peluasan program itu akan dilaksanakan secara berperingkat ke sekolah-sekolah lain, termasuk di kawasan bandar dan luar bandar, dengan pendekatan disesuaikan mengikut keperluan setempat.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd