Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dari Kulai Ke KLIA! Suami Isteri Sanggup Redah 300KM Rai Kepulangan Aktivis GSF

Sepasang suami isteri menjadi perhatian apabila sanggup redah 300KM demi meraikan kepulangan 23 aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke tanah air pada malam ini.

Menurut laporan Kosmo!Online, Nur Zulaikha Abdul Latif, 36, bersama suami Muhd. Amin Ab. Rahim, 37, berkata mereka tiba di KLIA pada 7 malam tadi.

Sanggup redah 300KM

Sanggup redah 300KM

“Mereka (aktivis) tiada pertalian darah dengan kami tapi kami hadir bagi memberi sokongan terhadap usaha yang mereka lakukan dalam misi kemanusian itu.
“Saya mengikuti dari awal perjalanan misi itu sehinggalah kesemua aktivis di culik oleh tentera Israel. Situasi itu amat meninggalkan kesal mendalam kepada kami,” katanya yang bergerak dari Kulai, Johor jam 3 petang tadi.

Artikel lain: Wira GSF Pulang! 23 Sukarelawan Malaysia Dijangka Tiba Di KLIA Malam Esok

Kata Muhd Amin, isterinya sentiasa mengikuti perkembangan kesemua aktivis GSF malah pernah tertidur di hadapan komputer riba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, kesemua 23 sukarelawan Malaysia berjaya dibebaskan daripada tahanan Israel sebelum diterbangkan ke Istanbul, Turkiye, menggunakan pesawat khas.

Mereka dilaporkan akan tiba di KLIA sekitar jam pada malam ini.

Sumber: Kosmo!Online (Mohd Husni Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd