Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Saling Sayang Menyayangi, Datuk Bandar Mexico Pilih Aligator Sebagai Isteri

Seorang datuk bandar dari sebuah bandar kecil di selatan Mexico telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan seekor aligator betina yang dianggap seperti ‘gadis puteri’ telah berjaya meraih perhatian ramai.

Victor Hugo Sosa, Datuk Bandar San Pedro Huamelula dari sebuah bandar Orang Asli Chontal di Tehuantepec di Mexico menjadikan reptilia bernama Alicia Adriana itu sebagai isterinya bagi meneruskan tradisi kaumnya.

Difahamkan, reptilia tersebut adalah kayman, sejenis aligator yang hidup di paya Mexico dan Amerika Tengah. Aligator tersebut mempunyai persamaan seperti buaya namun mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Bukan itu sahaja, Sosa telah bersumpah untuk menepati apa yang dikatakan oleh tradisi tempatan terhadap aligator itu sebagai ‘gadis puteri’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya menerima tanggungjawab kerana kami saling menyayangi. Itu yang penting. Anda tidak boleh berkahwin tanpa cinta. Saya tunduk kepada perkahwinan dengan ‘gadis puteri’,” kata Sosa.

Sejak 230 tahun lalu perkahwinan antara lelaki dan kayman betina sudah berlaku di penempatan Orang Asli itu bagi memperingati hari apabila dua kumpulan Orang Asli berdamai.

Disebabkan itulah, perkahwinan suci tersebut berlangsung kerana mereka mempunyai kepercayaan bahawa pergaduhan dapat dielakkan apabila seorang Raja Chontal mengahwini puteri perempuan kumpulan Orang Asli Huave, yang diwakili oleh aligator betina.

Sebelum majlis perkahwinan dilakukan, ‘gadis puteri’ telah dibawa ke rumah supaya penduduk boleh memeluknya dan menari.

Kemudian, Alicia akan digayakan dengan skirt hijau, tunik sulaman tangan berwarna-warni dan hiasan kepala reben dan labuci serta muncung haiwan itu diikat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, dia memakai kostum pengantin putih dan dibawa ke dewan bandar untuk acara seterusnya. Muzik tradisional akan diiringi sepanjang majlis bagi membolehkan datuk bandar menari dengan ‘pengantin perempuan’.

Pengantin lelaki akan  mencium muncung ‘isterinya’ sebagai tanda tarian tersebut berakhir.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd