Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Salah Gesa Pemimpin Dunia Segera Beri Bantuan & Selamatkan Penduduk Palestin

Pemain bolasepak pasukan Liverpool, Mo Salah atau Mohamed Salah telah menggesa agar bantuan dibenarkan masuk ke Gaza ditengah-tengah kemelut yang sedang berlaku antara Palestin-Israel.

Gesa segera bantuan diberikan

Dia yang memuat naik video gesaan tersebut di media sosial miliknya susulan daripada berita kematian 500 nyawa apabila serangan letupan dihalakan ke hospital baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak selalu mudah untuk bercakap dalam masa seperti ini. Terdapat terlalu banyak keganasan dan terlalu banyak kekejaman yang menyayat hati. Peningkatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini tidak dapat disaksikan.
“Semua nyawa tidak berdosa dan mesti dilindungi. Pembunuhan beramai-ramai perlu dihentikan. Keluarga sedang berpecah belah.
“Apa yang jelas sekarang, bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti segera dibenarkan,” katanya.

Ujar Salah dalam keadaan serius dan berduka,  penduduk di Gaza kini berada dalam keadaan yang sangat teruk dan insiden yang  berlaku di hospital sungguh mengerikan.

Ketika ini mereka amat memerlukan bantuan makanan, air dan bekalan perubatan dengan segera.

“Saya menyeru para pemimpin dunia untuk bersama-sama mencegah serangan terhadap nyawa yang tidak berdosa. Kemanusiaan mesti diutamakan,” tegasnya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Salah dilaporkan telah menyumbangkan bantuan yang akan segera disalurkan kepada penduduk Palestin.

Walau bagaimanapun, pihak Salah tidak mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan kepada umum atas sebab-sebab tertentu.

Sumber: Instagram Mo Salah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd