Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang Diteruskan, Tapi Dibuat Secara Sederhana

Penganjuran majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Pulau Pinang masih boleh diteruskan secara sederhana sebagai medium menyantuni rakyat serta mengeratkan perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri hanya akan menganjurkan satu majlis rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Hanya 1 rumah terbuka dibuat secara rasmi

Menurutnya, majlis tersebut lazimnya diadakan setiap tahun dalam suasana sederhana dan bukan bertujuan menonjolkan kemewahan.

Sebaliknya, katanya, ia menjadi tradisi untuk mendekati rakyat sambil menyediakan hidangan tempatan dan memberi peluang kepada orang ramai bertemu kepimpinan negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Majlis ini menjadi platform untuk kita menyantuni rakyat.
“Pada masa sama, orang ramai juga menantikan peluang bertemu Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang serta kepimpinan negeri,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan mengambil pendekatan berjimat dengan tidak mengadakan majlis rumah terbuka melibatkan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata langkah tersebut bertujuan memberi mesej supaya semua pihak mengamalkan perbelanjaan lebih cermat dan sederhana ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik berkenaan.

Wajar elak perbelanjaan secara besar

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata jabatan serta agensi kerajaan di negeri itu turut dinasihatkan supaya mengadakan sambutan Aidilfitri secara dalaman dan berskala kecil.

Katanya, kebanyakan jabatan memilih untuk mengadakan majlis secara ‘in-house’ atau potluck yang hanya melibatkan kakitangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika hanya melibatkan kira-kira 50 hingga 100 orang tanpa jemputan luar, saya fikir ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang majlis yang melibatkan perbelanjaan besar atau dianjurkan secara mewah wajar dielakkan pada masa ini.

“Jika ada agensi bercadang mengadakan majlis besar dengan kos tinggi, elok ditangguhkan dahulu. Kita perlu meminimumkan perbelanjaan,” ujarnya.

Artikel lain: Berkuat Kuasa Hingga Raya Kedua! Jakarta Tutup Kelab Malam, Bar Sepanjang Ramadan

Dalam masa sama, majlis rumah terbuka di peringkat komuniti seperti yang dianjurkan wakil rakyat atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) secara sederhana masih boleh diteruskan.

Program seperti ini dilihat penting untuk menyantuni rakyat serta mengukuhkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, khususnya ketika sambutan Aidilfitri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd