Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kerajaan Perlu Tetapkan 50 Peratus Rumah Mampu Milik Khas Buat Golongan Muda – Shahidan

Shahidan Kassim (PN-Arau) menggesa kerajaan supaya menyediakan sekurang-kurangnya 50 peratus unit rumah mampu milik khas buat golongan muda.

Menurut laporan Free Malaysia Today, beliau berpandangan kerajaan perlu mempunyai data tepat mengenai pemilikan rumah bagi setiap individu serta menetapkan syarat khusus yang menentukan kelayakan seseorang untuk memiliki rumah mampu milik.

Rumah mampu milik

Rumah mampu milik

“Sebab kita tahu kerajaan tidak mempunyai angka yang khusus. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah kerajaan mempunyai angka yang khusus tentang pemilikan rumah.
“Satu orang itu buat berapa pemilikan rumah dan apa syarat untuk membolehkan dia masuk ke rumah mampu milik. Kita hendak rumah mampu milik ini disyaratkan 50% sekurang-kurangnya diberi kepada orang muda,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dewan Rakyat.

Artikel lain: Saga Baharu Dapat Sambutan, Tempahan Masuk Setiap 43 Saat!

Rumah mampu milik

Foto: Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Shahidan, yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan demografi penduduk dan memastikan pemilikan rumah Bumiputera seperti yang ditetapkan, terutama dalam perancangan bandar.

Sumber: Free Malaysia Today (Anne Muhammad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd