Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rogol Pembantu Rumah: Rayuan Ditolak, Bekas ADUN Tronoh Dipenjara Serta-Merta

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong akhirnya berdepan hukuman penjara lapan tahun serta dua sebatan selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya, hari ini.

Rogol pembantu rumah

Menurut laporan Sinar Harian, Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mengekalkan keputusan terdahulu sekali gus mengakhiri usaha Paul, 55, untuk mengetepikan sabitan bersalah berkaitan kes rogol yang berlaku enam tahun lalu.

rogol

Sebaik keputusan diumumkan, Paul yang berada di kandang tertuduh kelihatan murung, manakala isteri dan anak-anaknya jelas sebak sebelum memegang tangannya ketika beliau dibawa keluar menuju ke penjara.

Artikel lain: Datuk 73 Tahun Didakwa Rogol Cucu Kandung Mengaku Tidak Bersalah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam prosiding berkenaan, Paul diwakili barisan peguam Datuk Rajpal Singh, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Salim Bashir, manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari dan Mohd Fuad Abd Aziz.

Paul didakwa merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di kediamannya di Ipoh pada 7 Julai 2019, antara jam 8.15 hingga 9.15 malam.

Dakwaan terhadapnya difailkan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Ogos tahun sama sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

rogol

Perbicaraan yang bermula pada April 2021 menyaksikan 23 saksi tampil memberi keterangan, termasuk dua saksi terlindung. Pada Julai 2022, Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun serta dua sebatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, Mahkamah Rayuan pada Mac lalu mengekalkan sabitan dan hukuman sebatan, tetapi mengurangkan tempoh penjara kepada lapan tahun.

Tidak berpuas hati, Paul mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, namun usahanya berakhir dengan keputusan hari ini.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd