Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RM100 Juta Diperuntuk Bagi Laksanakan Kampung Angkat MADANI – Amir Hamzah

Kementerian Kewangan memperuntuk RM100 juta bagi melaksanakan 42 buah Kampung Angkat MADANI di seluruh negara dengan jumlah agihan peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta bagi setiap kampung.

Menerusi satu laporan Berita RTM, Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan tersebut difokuskan kepada Projek Fizikal yang meliputi penambahbaikan jalan serta lampu kampung, bekalan air dan elektrik dan kemudahan capaian internet.

Foto: Berita RTM

“Melalui pendekatan gotong-royong serta memudahkan tatacara perolehan dan kewangan untuk membantu melengkapkan projek infrastruktur di kampung-kampung yang terpilih,” katanya.

Beliau juga berkata, Projek Bukan Fizikal turut diberi penumpuan yang melibatkan bantuan seperti pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), eKasih, Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), perkhidmatan bergerak kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kampung yang terpilih akan dijadikan penanda aras terbaik dalam membantu Kerajaan merapatkan jurang antara desa dan bandar. Ini termasuklah memperkasakan ketua mukim atau jawatankuasa kampung dan komuniti setempat,” ujar beliau.

Amir Hamzah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali (Pekan) mengenai matlamat utama pelaksanaan Kampung Angkat MADANI semasa Mesyuarat Parlimen Dewan Rakyat pagi tadi.

Foto: Utusan

Beliau berkata, Kampung Angkat MADANI diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 bertujuan untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar serta memastikan kemudahan asas dapat dipertingkatkan.

Manakala kriteria yang menjadi keutamaan termasuklah kawasan kampung yang mempunyai liputan kemudahan bawah 50 peratus atau mempunyai kemudahan asas daif dan tidak lengkap serta memerlukan perhatian khusus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Kementerian Kewangan telah menyalurkan sebanyak lebih RM86 juta daripada jumlah tersebut kepada Kementerian dan agensi yang terlibat untuk diagihkan kepada kampung-kampung terpilih.

Sumber: Berita RTM

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd