Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KESUMA Beri Sumbangan Aidilfitri Kepada Masjid, Surau & Asnaf Pulau Pinang

Golongan asnaf di Pulau Pinang menerima sumbangan daripada Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim Chee Keong, hari ini.

Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam turun padang bagi memberi sumbangan kepada golongan asnaf di masjid serta surau di Pulau Pinang.

Sebanyak 700 bakul makanan bernilai RM150 disumbangkan kepada golongan asnaf bagi meringankan beban menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Antara barang-barang yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, sos cili, tin sardin dan barangan masakan yang lain. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Kos keseluruhan sumbangan bernilai RM200,000.00,”kata Steven Sim.

Asnaf KESUMA

Malah, setiap masjid dan surau turut menerima bantuan bernilai RM10,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program yang berjalan selama dua hari bermula dari kawasan Parlimen Bukit Mertajam berjaya menceriakan penduduk selain membantu masjid serta surau menambah dana bagi kegunaan harian dan aktiviti penduduk setempat.

KESUMA

Artikel lain: KESUMA Beri Mandat Jadikan TalentCorp Sebagai Badan Pemikir Strategik

Antara masjid dan surau yang menerima sumbangan tersebut adalah Masjid Balik Bukit, Masjid Kampung Tasek Junjung di Bukit Mertajam,Masjid Haji Saad Permatang Pauh, Surau Taman Sri Janggus, Surau Salman Al- Farisi dan beberapa surau di kawasan sekitar Pulau Pinang.

KESUMA

KESUMA

Steven Sim berkata, KESUMA akan terus membantu nasib mereka yang kurang berkemampuan khususnya bagi menyambut perayaan tanpa memilih kaum dan agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd