Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

RHB Islamic, Yayasan Ikhlas Perluas Akses Air Bersih & Tenaga Solar Di Kampung Telinting

RHB Islamic Bank dengan kerjasama Yayasan Ikhlas berjaya melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar di Kampung Telinting, Papar, Sabah memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk daripada 30 isi rumah.

Projek bernilai RM300,000 itu dibiayai sepenuhnya oleh RHB Islamic Bank sebagai penyumbang utama, dengan matlamat menyediakan akses bekalan air bersih serta kemudahan lampu berkuasa tenaga solar kepada komuniti luar bandar berkenaan.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank, Dato’ Adissakin Ali berkata penyediaan keperluan asas seperti air bersih dan tenaga merupakan langkah penting dalam meningkatkan kesejahteraan sesebuah komuniti.

“Kami percaya pembangunan sesebuah komuniti bermula apabila keperluan asas masyarakat dapat dipenuhi. Sebab itulah akses kepada air bersih dan bekalan tenaga merupakan asas penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
“Projek di Kampung Telinting mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkasakan komuniti melalui penyediaan kemudahan asas yang memberi manfaat berkekalan.
“Semoga usaha yang kita laksanakan bersama pada hari ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang dapat membawa kebaikan, bukan sahaja di Kampung Telinting, malah di seluruh Sabah,” katanya.

Pelaksanaan projek tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan RHB Islamic Bank dalam memperkasakan masyarakat luar bandar menerusi inisiatif pembangunan mampan yang memberi impak jangka panjang terhadap kualiti hidup penduduk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menegaskan RHB Islamic Bank akan terus menyokong pelbagai inisiatif pembangunan komuniti yang selari dengan aspirasi kemampanan serta tanggungjawab sosial korporat institusi berkenaan.

Sementara itu, Prof. Dr. Azmi berkata Yayasan Ikhlas menghargai kepercayaan dan sokongan RHB Islamic Bank dalam menjayakan projek yang memberi manfaat kepada penduduk Kampung Telinting.

“Yayasan Ikhlas amat menghargai komitmen dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh RHB Islamic Bank dalam membantu komuniti yang memerlukan.
“Projek ini membuktikan bahawa kerjasama strategik antara organisasi kebajikan dan sektor korporat mampu menghasilkan impak yang besar kepada masyarakat.
“Dengan adanya sistem air bersih dan kemudahan tenaga solar ini, penduduk Kampung Telinting kini dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik serta peningkatan kualiti hidup yang lebih menyeluruh,” jelasnya.

Beliau berkata Yayasan Ikhlas akan terus memperluaskan usaha pembangunan komuniti khususnya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan akses kepada kemudahan asas dan infrastruktur mampan.

Sehingga kini, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan sebanyak 19 Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan 19 Projek Tenaga Solar di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, Kelantan serta Kedah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai sebahagian daripada program perasmian, RHB Islamic Bank dan Yayasan Ikhlas turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 30 keluarga penerima manfaat sebagai tanda sokongan terhadap kesejahteraan komuniti setempat.

Kejayaan projek berkenaan mencerminkan komitmen bersama kedua-dua organisasi dalam memperkukuh pembangunan sosial melalui pelaksanaan program yang memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.

Yayasan Ikhlas merupakan badan kebajikan yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] pada 5 Mac 2009, dengan fokus kepada empat kluster utama iaitu pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan dan pengurusan bencana.

Manakala RHB Islamic Bank Berhad ialah institusi perbankan Islam di Malaysia yang menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah kepada pelanggan individu, perniagaan dan korporat serta komited memacu pertumbuhan mampan melalui amalan perbankan bertanggungjawab dan program pembangunan komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis perasmian projek berkenaan turut dihadiri Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr. Azmi bin Md Nor barisan pengurusan kedua-dua organisasi, pemimpin komuniti serta penduduk Kampung Telinting.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd