Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Residensi Hektar Gombak Diklasifikasikan Sebagai Projek Sakit – KPKT

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih mengekalkan status Residensi Hektar Gombak sebagai projek di bawah kategori sakit.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah berkata, Projek Residensi Hektar Gombak mengalami kelewatan berbanding jadual kerja yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli (PJB) dan gagal disiapkan dalam tempoh PJB.

Foto: Berita Harian

“Status kemajuan sebenar di tapak kekal sebanyak 84.75% dan kerja-kerja di tapak hanya minimal dan tidak memberikan kemajuan yang signifikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, KPKT berkata kementerian akan terus membantu pemaju bagi mendapatkan bantuan pinjaman kewangan untuk menyiapkan projek tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pemaju hendaklah akur dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan bagi memastikan dana pinjaman diluluskan kepada pemaju berkenaan.

Artikel lain: Pemandu, Penunggang P-Hailing Boleh Nikmati Internet Serendah RM33 Mulai Hari Ini

“KPKT sedia memperhalusi alternatif terbaik untuk membantu pemulihan projek perumahan sakit terutamanya bagi rumah mampu milik.
“Ini adalah demi kemaslahatan pembeli rumah yang terpaksa menanggung pembiayaan perumahan di samping kos menyewa rumah sedia ada,” ujarnya.

Residensi Hektar Gombak diklasifikasikan sebagai projek sakit

Foto: Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Pasukan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemaju dan turun ke tapak projek sebagai langkah mitigasi daripada Kerajaan MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TFST telah berjaya memudahcara menyelesaiakan isu-isu teknikal yang melibatkan Pemasangan Paip Utama di Bawah Skim Bekalan Air Bersepadu (IWSS), Sewage Treatment Plan (STP) dan Pemasangan Paip Greater KL (GKL).

“KPKT melalu TFST komited meneruskan agenda nasional dalam membantu pemulihan projek-projek perumahan swasta yang bermasalah sama ada dalam kategori lewat, sakit atau terbengkalai.
“Ini bagi memastikan kepentingan pembeli terpelihara seterusnya mengurangkan beban rakyat bagi menjamin kelestarian industri perumahan mampu milik secara keseluruhan,” katanya.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd