Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rempuh Pagar Guna Lori, Sekumpulan Individu Bertopeng Serang Pusat Hiburan

Polis kini sedang memburu sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam.

Menurut beliau, insiden dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari apabila sekumpulan lelaki itu merempuh pintu pagar premis menggunakan sebuah lori.

“Mereka kemudian menceroboh masuk ke dalam pusat hiburan berkenaan. Suspek turut melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan barangan di dalam premis itu.
“Susulan itu, kita kini giat mengesan semua individu yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd