Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Remaja Mengaku Anak Yatim Piatu Ditemui Di Jalanan, Tak Mahu Pulang Ke Melaka – “Nak Berdikari Di KL”

Seorang remaja dipercayai berasal dari Melaka ditemui bergelandangan di sekitar ibu kota selama empat hari, sekali gus mencetuskan kebimbangan aktivis masyarakat yang bertemu dengannya malam tadi.

Berdasarkan satu perkongsian Abbe Hae di Facebook, dia bersama pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Bangsar sedang mengagihkan makanan sahur dan barangan mandian kepada golongan gelandangan sekitar Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi apabila terserempak dengan remaja tersebut.

“Lebih kurang jam 2 pagi kami tersempak dengan seorang remaja yang telah bergelandangan selama empat hari sekitar KL dan katanya dia datang dari Melaka,” kata Abbe hari ini.

Menurut Abbe, remaja terbabit mengaku ibu bapanya telah meninggal dunia, adiknya kini tinggal bersama makciknya manakala dia tinggal dengan abang saudaranya yang memegang semua dokumen pengenalan diri.

“Katanya ibu bapa dah meninggal dan dia anak sulung dari 2 beradik. Adiknya tinggal bersama makciknya dan dia tinggal bersama dengan abang saudaranya.. semua dokumen pengenalan diri abang saudaranya pegang. Itu katanya..,” kongsi Abbe.

Abbe turut menceritakan bahawa dia cuba membantu remaja itu kembali ke kampung halamannya dengan memberikan wang tunai RM100. Bagaimanapun, remaja tersebut memilih untuk kekal di Kuala Lumpur dan cuba berdikari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Abbe bagi dia 100 ringgit untuk dia balik semula ke Melaka tapi nampaknya dia seperti tidak akan berpatah balik ke Melaka dan ingin berdikari di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambah Abbe, memandangkan lokasi ditemui remaja itu tidak selamat untuk bermalam, dia segera memindahkan remaja berkenaan ke tempat lebih selamat sementara mencari penyelesaian jangka panjang.

Malah, dia memohon kerjasama orang ramai, terutamanya mereka dari Jasin, Melak  untuk menghubunginya melalui Facebook Messenger bagi membantu mengesan keluarga remaja tersebut.

“Mohon sesiapa dari Melaka atau lebih tepat katanya dari Jasin untuk menghubungi Abbe dengan kadar segera. Mohon netizen kongsi hantaran ini agar keluarga remaja ini ditemui dengan kadar segera..
“Abbe was-was sikit dengan ceritanya,” tambahnya, menegaskan kebimbangan terhadap keselamatan dan keadaan remaja itu,” tambahnya.

Sumber: Facebook Abbe Hae

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd