Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja Hilang: Masih Gagal Dikesan, Kawasan Pencarian Diperluas

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor diperluaskan kepada radius 0.5 kilometer persegi hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, pasukan SAR kini melaksanakan teknik sweeping dengan fokus pencarian di bahagian timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) setakat tengah hari tadi.

Foto: Bernama

Menurut beliau, operasi turut dibantu tiga unit anjing pengesan, masing-masing dua daripada JBPM dan satu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seramai 90 individu terlibat dalam operasi SAR setakat tengah hari ini membabitkan anggota pelbagai agensi keselamatan serta sukarelawan.
“Operasi pencarian hari ini turut menggunakan khidmat unit dron daripada Unit Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Selangor,” katanya hari ini.

Beliau berkata, antara agensi yang menyertai operasi berkenaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Persatuan Malim Gunung Perhutanan.

Foto: Bernama

Tambahnya, laluan pendakian Bukit Changkat Asa melibatkan trek sepanjang 800 meter dari kaki bukit menuju ke puncak setinggi 267 meter sebelum berpatah balik menggunakan laluan sama.

“Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemukan dan pasukan SAR hanya menggunakan maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarga mangsa dalam usaha pencarian ini,” ujarnya.

Sementara itu, media turut melaporkan bahawa mangsa Nur Izzati Humaira Azizul berjaya dihubungi oleh ibunya Mastura Md. Zin, 47 selepas beberapa jam remaja tersebut hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Namun begitu, difahamkan tiada sebarang maklum balas daripada mangsa.

“Angah, tolong respons angah. Angah…angah dengar tak?
“Ramai orang nak tolong ni, lawan-lawan. Jangan duduk situ lama-lama, bukan tempat kita,” itu kata-kata Mastura.

Terdahulu, mangsa dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa dan masih belum ditemui selepas lebih 48 jam dilaporkan hilang.

Mangsa difahamkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menjalankan aktiviti pendakian di lokasi berkenaan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Fahmi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd