Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja Hilang Lima Hari Ditemukan Maut Di Ladang Kelapa Sawit

Misteri kehilangan seorang pelajar tingkatan tiga sejak lima hari lalu akhirnya terungkai apabila mayat remaja itu ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang–Kota Tinggi, awal pagi ini.

Mangsa, Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15, ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 2.30 pagi bersama motosikal Yamaha 135LC yang ditunggangnya dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Foto: FB Polis Daerah Kota Tinggi

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas dimaklumkan oleh orang awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang dipercayai terbabas sendiri.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut hanya melibatkan motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa.

“Kira-kira pukul 2.30 pagi, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung satu kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal yang dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 8.2, Jalan Kluang–Kota Tinggi.
“Kemalangan itu melibatkan seorang penunggang lelaki warga tempatan berusia 15 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Threads @alias_rasman

Yusof berkata, mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat dan tindakan lanjut. Kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan kehilangan Muhammad Nasrulhaq selepas keluarganya membuat rayuan di media sosial agar orang awam membantu mengesan remaja berkenaan yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Felda Simpang Waha kira-kira pukul 11 malam dengan menunggang motosikal Yamaha 135LC sebelum gagal dikesan sehingga mayatnya ditemukan awal pagi tadi.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kota Tinggi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd