Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja Direman Tiga Hari Bantu Siasatan Kes Bayi Maut Diserang Anjing

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak saudaranya yang dipercayai akibat diserang anjing di Kampung Orang Asli Sungai Buloh.

Remaja direman tiga hari

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, perintah reman terhadap suspek dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

remaja

Terdahulu, suspek yang juga bapa saudara kepada mangsa dilaporkan ditahan kira-kira jam 11.50 pagi semalam.

Artikel lain: Remaja 15 Tahun Ditahan Selepas Tular Kes Curi Barangan di Pasar Raya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan bayi lelaki sedang tidur di ruang tamu rumah bersama suspek sebelum dipercayai diserang anjing.

remaja

Mangsa kemudiannya dibawa oleh ibu bapanya ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd