Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Rebah Ketika Solat, Pemergian Pemuda Pejuang Kanser Tahap 4 Buat Ramai Sebak

Pemergian seorang pemuda, Faris Zhafri Mohd Zailan, 18, yang menghidap Kanser Tahap 4  mengundang sebak selepas kisahnya dikongsikan rakan terdekat.

Pemergian seorang sahabat

Menurut seorang pengguna Facebook di kenali sebagai Muhammad Syafiq Azaman yang juga sahabat arwah, mereka merupakan sama-sama berjuang melawan penyakit berkenaan dan sering berhubung sepanjang menjalani rawatan.

“Walaupun kami kenal cuma sekejap, kami aktif berwasap dan bertanya khabar. Kami janji nak berkumpul setelah semua sihat.
“Arwah sempat bantu saya cukur kepala bahagian belakang, waktu rambut saya mula gugur kesan kimoterapi pertama tahun lepas di Hospital Ampang.
“Dari group 5 fighters, sekarang berbaki 2. Moga saya dan Zack diberikan kekuatan dan kesembuhan,” kongsinya.

Rebah ketika sujud

Menerusi perkongsian seorang lagi sahabat, Mohd Azuan Asmuni, arwah difahamkan telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang bersujud dalam solat sebelum dikejarkan ke zon merah hospital.

“Arwah rebah ketika solat…ketika bersujud untuk bertemu Sang Pencipta.
“Arwah dikejarkan di zon merah…tapi rezekinya di dunia sudah berakhir..betapa mulianya kamu di sisi ALLAH,” tulis hantaran itu.

Faris Zhafri meninggal dunia pada 12 Mei, meninggalkan kesan mendalam buat keluarga dan rakan-rakan yang pernah berjuang bersamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Muhammad Syafiq Azman, Muhd Azuan Asmuni

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd