Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ratusan Warga Asing Jalan Kaki Di Kota Tinggi, Dakwa Ditipu Ejen Pekerjaan

Tular video ratusan warga asing jalan kaki beramai-ramai dipercayai di Kota Tinggi menjadi bualan ramai.

Dakwa ditipu ejen pekerjaan

Perkongsian yang dibuat pengguna media sosial tersebut disertakan dengan luahan kebimbangan masyarakat tempat berkenaan kehadiran warga asing yang begitu ramai di lokasi berkenaan.

Ratusan warga asing jalan kaki sudah ditahan

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora memaklumkan yang kejadian tersebut berlaku pada Rabu 23 Disember 2023.

Difahamkan, tindakan ratusan warga asing berjalan kaki seperti dalam video yang tular itu adalah untuk menuju ke Balai Polis Bayu Damai selepas didakwa ditipu ejen pekerjaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sepasukan anggota polis telah bergegas lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Ya benar, video yang tular itu adalah kejadian baharu minggu lalu. Mereka difahamkan menuju ke Balai Polis Bayu Damai bagi membuat laporan polis berikutan ditipu ejen pekerjaan yang tidak memberi pekerjaan.
“Kejadian berlaku pada pagi Rabu lalu apabila ratusan warga asing Bangladesh dikesan berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk, Teluk Ramunia Bayu Damai, di sini
“Satu laporan polis dibuat ATM pada hari kejadian dan susulan itu sepasukan polis dihantar bagi membuat pemeriksaan dan tindakan lanjut.
“Hasil tindakan pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seramai 171 lelaki warga Bangladesh berumur antara 19 hingga 43 tahun ditahan Rabu lalu untuk siasatan lanjut oleh di atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Ratusan warga asing jalan kaki tiada dokumen sah & tamat tempoh

Kesemua PATI lelaki warga Bangladesh tersebut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan telah tamat tempoh.

Difahamkan, semua warga asing berkenaan telah dihantar ke Jabatan Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, video tular 1 minit 33 saat itu, seorang pengguna yang sedang memandu kereta terkejut dengan kehadiran ratusan warga asing yang sedang berjalan kaki dalam barisan yang panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia menyebabkan kebimbangan awam berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing itu.

Sumber: Berita Harian (Mohamed Farid Noh), Facbook Berita Tentera Darat Malaysia

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd