Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Disangka Remaja, Ramai Tak Sangka Umur Wanita Ini Hampir Cecah 40 Tahun!

Umur hanyalah angka adalah pepatah yang paling sesuai menggambarkan seorang wanita bernama @kak_ita6, yang lebih dikenali sebagai Kekta, apabila wajah serta penampilannya kelihatan muda macam remaja walaupun usianya hampir mencecah 40 tahun.

Umur hanyalah angka

Dalam hantaran terbarunya, Kekta memuat naik sebuah video dengan kapsyen ringkas tetapi mencuit hati.

“Tahun depan 40 tapi rileks macam baru nak masuk 23.” tulisnya pada video.

umur

Ayat bersahaja itu nyata berjaya mencuri perhatian ramai kerana wajahnya yang kelihatan muda, segar dan langsung tidak menggambarkan umurnya yang bakal mencecah 40 tahun. Malah, ada yang menonton berkali-kali kerana sukar percaya kenyataan tersebut.

Artikel lain: 4 Tahun Tunggu Uji Bakat, Gadis Menangis Gagal Program Dewi Remaja – “Ingat Cantik, Kurus Dah Cukup”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak mahu membuat pengikutnya terus tertanya-tanya, Kekta tampil meninggalkan komen di videonya juga.

“Hai guys, terima kasih komen. Makcik Ita in da house. Saya memang tahun depan 40 okey! Assalamualaikum semua, aunty Ita berundur dulu.” katanya.

Balasan spontan itu mengundang lebih banyak tawa dan membuatkan ramai yang terus tertarik dengan personaliti mesra serta sikap happy-go-lucky yang ditonjolkan.

Seperti biasa, soalan wajib muncul  iaitu rahsia awet muda. Namun, jawapan Kekta sangat ringkas dan merendah diri

“Mungkin saiz ja kot. Tinggi saya 148, berat 36kg.” balasnya.

Jawapan selamba itu sekali lagi mencuri perhatian. Ada yang berseloroh ia mungkin faktor genetik, ada yang meneka gaya hidup tertentu, namun Kekta menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang petua khusus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

umur

Wanita itu juga seakan memberi bayangan bahawa dirinya masih tidak terikat dengan seseorang.

“Boleh drop tak rumah jagaan warga emas yang kantin sedap-sedap, katil 5 star.” tulisnya di caption.

Menariknya, daripada kapsyen bersahaja itu, ramai yang membuat andaian bahawa Kekta masih bujang dan sedang menikmati hidup dengan caranya sendiri. Walaupun tidak mengulas lanjut, ramai netizen menganggap gaya santai dan keyakinannya menambahkan lagi seri muda yang dimilikinya.

Sumber: TikTok @kak_ita6

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd