Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramai Tak Patuh Lampu Isyarat Merah Terutama Penunggang Motosikal

Tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya untuk berhenti ketika lampu isyarat merah masih rendah, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini, jabatan itu telah mengambil tindakan terhadap 57 pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan itu menerusi Ops Merah yang dijalankan selama tiga hari dan berakhir semalam.

Menurut JPJ negeri penguatkuasaan secara berfokus itu dilakukan di dua daerah iaitu di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Pulau Pinang menjalankan operasi itu ekoran aduan terdapat penunggang motosikal yang gagal berhenti ketika lampu isyarat merah dan kami akan meneruskan operasi tersebut dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

JPJ Pulau Pinang turut mengingatkan pengguna bahawa pengabaian peraturan itu boleh mengakibatkan kemalangan termasuk kemalangan maut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain kesalahan melanggar lampu merah, 22 kesalahan lain seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran dan tidak memakai topi keledar turut dikesan dalam operasi itu.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd