Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Rakyat Tak Akan Terkesan Jika Pelaksanaan Semula GST 3-4 Peratus

Bagi memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan penetapan kadar tiga atau empat peratus, pihak kerajaan perlu membuat pertimbangan yang serius demi menjaga ekonomi negara.

Menurut laporan Harian Metro, Setiausaha Agung Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata), Dr Mohd Fairuz A Razak memaklumkan pertimbangan tersebut perlu diambil kira memandangkan GST dapat membantu kerajaan dalam aspek kutipan hasil cukai terutamanya dalam sektor ekonomi tidak formal.

Bukan itu sahaja, Mohd Fairuz berpendapat pelaksaan semula GST tidak akan memberi kesan yang besar kepada rakyat jika kadarnya ditetapkan pada tiga atau empat peratus.

“Ia sudah pasti tidak akan memberi kesan besar kepada rakyat secara keseluruhan dengan pelaksanaan semula GST pada kadar tiga atau empat peratus.
“Dicadangkan pemantauan harga melalui mekanisme GST oleh pembayar cukai dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan di sokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
“Dengan pengenalan GST ini, negara akan melangkah setapak lagi ke arah status negara maju dan rakyat akan berada dalam sistem percukaian yang lebih adil, telus dan efisien,” katanya lagi.

Malah, pelaksanaan GST sebelum ini juga dapat negara menurunkan cukai korporat dan cukai individu ke tahap lebih kompetitif berbanding negara lain yang secara tidak langsung memberi galakan pertumbuhan perniagaan baharu dan pelaburan asing dalam negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini juga trend seluruh dunia dan dibuktikan apabila cukai korporat dan individu diturunkan beberapa kali semasa era GST dilaksanakan. Bantuan yang boleh diberi dari segi pemberian tambahan untuk bantuan tunai atau baucar bulanan kepada gologan B40 (subsidi bersasar),” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan kerajaan berkemungkinan akan memperkenalkan semula GST yang pernah dimasuhkan sebelum ini.

Sumber: Harian Metro (Mohd Zaky Zainuddin)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd