Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rafizi Tegur Peniaga, Harga Barang Dah Turun Tapi Masih Naikkan Harga

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga makanan dan minuman mereka.

Teguran itu dibuat apabila mendapat tahu mereka ini masih lagi meninggikan harga walaupun harga bahan mentah di pasaran telah turun.

Rafizi berkata, peniaga restoran dan kedai makan seharusnya memberi kerjasama untuk menyeimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah.

Kerjasama mereka itu sangat penting bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat selain menambah ruang perbelanjaan mereka sebagai pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kadang-kadang, itu orang marah apabila harga bahan mentah semakin turun, harga bil elektrik tidak naik, semuanya dikekalkan.
“Tetapi, harga barang daripada peruncit, restoran dan gerai tidak turun.
“Kita juga perlukan supaya yang mana boleh turun, kita turunkan dan yang mana boleh kurang, kita kurangkan,”ujarnya.”

Semua dah turunkan harga kecuali restoran dan gerai makanan

Rafizi yag juga Timbalan Presiden PKR berkata, setakat ini peniaga yang lain menunjukkan mereka memberi kerjasama dengan menurunkan harga.

“Setakat ini, semua yang lain menunjukkan penurunan kecuali untuk beli makanan yang sudah siap daripada restoran dan gerai serta ‘take away’ ke rumah masih naik walaupun harga bahan mentah telah turun,”ujarnya lagi.

Sementara itu, Rafizi meminta pengguna di luar sana bertindak lebih proaktif terhadap perubahan harga barangan dengan mengelakkan diri daripada berkunjung ke resoran dan makanan yang tawarkan harga mahal.

Sumber: Astro Awani 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd