Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Putri Qisya Terima Tajaan Umrah, Sumbangan Pendidikan RM500 Setiap Bulan

Penjelajah Grand Slam Pertama Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih mesra dipanggil Qobin memberi sumbangan kepada Putri Qisya, yang kehilangan ibu bapa serta empat adik dalam tragedi di Sungai Korok.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen radio HotFM di laman Instagram, Qobin menyalurkan sumbangan dari aspek pendidikan, menaja umrah dan menginap di resort miliknya pada bila-bila masa kepada Putri Qisya.

Putri Qisya terima tajaan umrah

“Uncle akan jaga Qisya dari segi pendidikan, RM500 setiap bulan bermula bulan Ogos ni sehingga Qisya umur 17 tahun. 
“Yang kedua uncle akan taja Qisya, isteri uncle dan seorang staf Hot FM pergi umrah dan yang terakhir, Qisya boleh menginap di resort Datuk Qobin di Gopeng, bila-bila masa sahaja,” ujarnya.

Artikel lain: “Muka Macam Kembar..” – Netizen Sebak Lihat Pertemuan Putri Qisya & Keisya

Putri Qisya terima tajaan umrah

Terdahulu, mayat ibu bapa Putri Qisya iaitu Muhammad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat adik beradik lain iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9; Hawa Adriana, 8; Anayla Huma’ira, 7, dan Tuah Haidar yang baru berusia enam bulan ditemukan dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jenazah enam sekeluarga tersebut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Taqwa, bersebelahan kubur kembar Tuah iaitu Jebat Haydar yang meninggal dunia pada Februari lalu akibat komplikasi kesihatan.

Sumber: Instagram @HotFM

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd