Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

287 Belia Autisme, Keperluan Khas Terima Manfaat Program Latihan Kemahiran Inklusiviti

Seramai 287 orang belia autisme dan berkeperluan khas telah menerima manfaat daripada Program Latihan Kemahiran Insklusiviti melalui 13 buah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di seluruh negara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah mengadakan lawatan rasmi ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi memantau aktiviti pembelajaran yang disediakan untuk belia autisme dan berkeperluan khas serta berinteraksi dengan pelajar dan tenaga pengajar di Sepang, hari ini.

Program tersebut telah membuka peluang kepada belia autisme dan berkeperluan khas untuk memperoleh kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri serta membina masa hadapan yang lebih terjamin.

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti

Artikel lain: PLKN 3.0: Pelatih Siri 1 Tamat Latihan, Diberi Pendedahan Bidang TVET Dan Industri – Adly

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir ke lawatan itu termasuk Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Chan Hong Jin, dan Pengarah Kemahiran, YBrs. Puan Dalila binti Sharingat.

Menurut Hannah, inisiatif tersebut bukan sahaja membina kemahiran teknikal, tetapi turut mendedahkan mereka kepada bidang keusahawanan bagi membantu mereka menjana pendapatan.

“Saya berharap program ini terus berkembang dan menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa untuk yakin dan memberi sokongan kepada belia istimewa dalam mencapai potensi mereka secara optimum.
“Pendidikan kemahiran yang inklusif bukan sahaja melahirkan individu yang lebih berdikari, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara mampan,” ujarnya dalam sebuah kenyataan, pada Rabu.

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti

Dalam memperkasakan latihan dan menyediakan peluang latihan industri kepada pelajar, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut bekerjasama erat dengan pelbagai agensi dan NGO seperti The National Autism Society of Malaysia (NASOM), Yayasan GAMUDA Enabling Academy, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Anak Istimewa Negeri Selangor (YANIS).

KBS akan terus komited dalam memastikan belia autisme dan berkeperluan khas mendapat akses yang sama rata dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran selaras dengan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 dan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas merupakan inisiatif KBS melalui ILKBS yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Lokal

Mahkamah Tinggi Sungai Petani menolak rayuan seorang wanita dan tiga penjaminnya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membayar balik pinjaman pendidikan Majlis Amanah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd