Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program GRIP Bantu Pupuk Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar – KPN

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) terus komited memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan generasi muda menerusi pelancaran Program Gerak Integrasi Perpaduan (GRIP) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Pahang hari ini.

Menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), program GRIP yang berwajah baharu ini menggabungkan elemen-elemen utama daripada inisiatif terdahulu seperti Program Kenali Kita, Kem Perpaduan Anak Malaysia dan Program Silang Budaya.

Program GRIP

Foto: FB Jabatan Perpaduan Negeri Pahang

GRIP mengetengahkan modul silang budaya yang memberi penekanan kepada pengalaman pembelajaran interaktif, dengan fokus terhadap nilai kenegaraan, adat dan warisan budaya serta nilai sivik dan moral.

Artikel lain: Pertandingan Debat Rakan Muda Anjuran KBS Pupuk Kemahiran Kritis, Kepimpinan Belia

Program GRIP

Foto: FB Jabatan Perpaduan Negeri Pahang

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, GRIP adalah selaras dengan aspirasi Dasar Perpaduan Negara (DPN) yang meletakkan pembinaan identiti nasional dan masyarakat inklusif sebagai tunjang utama.

“Berteraskan Modul Silang Budaya dan prinsip Faham, Hormat, dan Terima, GRIP menjadi platform praktikal untuk melatih generasi muda menghayati nilai inklusif dan penerimaan kepelbagaian secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Program GRIP

Foto: Bernama

Menurut satu kenyataan KPN, GRIP disusun dalam tiga kluster utama iaitu Kluster Kenegaraan bagi memupuk pemahaman terhadap sejarah pembentukan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Dua lagi adalah Kluster Budaya dan Adat Resam dengan memberi pendedahan terhadap makanan, pakaian, perayaan, permainan dan seni rakyat pelbagai etnik serta Kluster Nilai-Nilai Murni iaitu mengangkat amalan sivik dan moral dalam kehidupan bermasyarakat secara inklusif,” ujarnya.

Tambah KPN, program ini akan dikembang dan dilaksanakan di semua negeri secara berfasa bermula tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPN optimis GRIP mampu melahirkan murid-murid sebagai agen perpaduan, bukan sahaja di sekolah, tetapi juga dalam komuniti ke arah pembentukan sebuah Malaysia yang lebih bersatu padu dan bertanggungjawab,” kata KPN.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd