Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bekas Pelajar Tahfiz Dari Selangor Raih Kejayaan Akademik, Kepimpinan Di Amerika Syarikat

Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Muhammad Izzahan Isman mencatat kejayaan membanggakan apabila bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah turut menerima pelbagai pengiktirafan kepimpinan dan pembangunan diri sepanjang pengajiannya di Amerika Syarikat.

MARA USA menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, Izzahan yang mengikuti pengajian Bachelor of Economics di bawah MARA Young Talent Development Programme (YTP) berjaya mengekalkan prestasi akademik cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.72.

Menurut MARA USA, pencapaian itu membuktikan keupayaan pelajar Malaysia untuk bersaing dan menyerlah di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang.

“Izzahan bukan sahaja mengekalkan prestasi akademik cemerlang dengan CGPA 3.72, malah turut menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang pengajiannya di Amerika Syarikat,” menurut hantaran itu baru-baru ini.

Sepanjang tempoh pengajian, dia menerima beberapa anugerah termasuk Spartan Difference Award – Initiative, Green Cranium Award – Problem Solving (Honorary Recipient) serta ROTC Academic Ribbons yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik melebihi CGPA 3.5.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, Izzahan turut aktif sebagai Army Reserve Officers’ Training Corps (ROTC) Cadet di Michigan State University, di samping mengimbangi komitmen akademik dan latihan kepimpinan yang disertainya.

MARA USA berkata, dia berjaya memimpin pasukan dalam latihan STX Lanes, mengaplikasikan prosedur kepimpinan taktikal serta menunjukkan profesionalisme yang tinggi sehingga menerima pengiktirafan rasmi daripada Professor of Military Science, LTC Sisoura.

“Izzahan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Professor of Military Science atas profesionalisme dan perkembangan kepimpinan yang luar biasa sepanjang penyertaannya dalam program tersebut,” ujar MARA USA.

Selain bidang akademik dan latihan kepimpinan, Izzahan juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum termasuk menyertai College Fed Challenge sebagai penganalisis ekonomi, Personal Investment Club, serta berkhidmat sebagai Public Relations Officer bagi Malaysian Student Organization.

MARA USA memaklumkan latar belakang Izzahan sebagai pelajar tahfiz dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dari Rawang, Selangor turut menjadi antara faktor yang membentuk sahsiah dan jati dirinya sepanjang berada di luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan gabungan ilmu ekonomi, latihan ketenteraan, kepimpinan organisasi dan asas tarbiyah sebagai seorang tahfiz, Izzahan kini bersedia kembali ke Malaysia untuk menyumbang kepada pembangunan negara,” maklumnya lagi.

Dalam pada itu, MARA USA turut menjelaskan bahawa penyertaan Izzahan dalam program Army ROTC adalah sebagai aktiviti kokurikulum universiti dan tidak melibatkan sebarang ikatan ketenteraan dengan Amerika Syarikat.

Menurut MARA USA, program tersebut berfungsi hampir sama seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES/ROTU) yang ditawarkan di universiti-universiti di Malaysia, iaitu memberi pendedahan kepada aspek kepimpinan, disiplin dan pembangunan diri.

“Penyertaan ini bertujuan menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan kecergasan serta memupuk nilai kepimpinan yang bermanfaat untuk pembangunan diri beliau, dan tidak mengikat beliau dengan ketenteraan Amerika Syarikat,” jelas MARA USA.

MARA USA turut menyifatkan pencapaian Izzahan sebagai satu kejayaan yang membanggakan serta berharap kisah pemuda itu dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk terus mengejar kecemerlangan di mana sahaja berada.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk terus melakar kecemerlangan di mana sahaja mereka berada,” tambahnya.

Sumber: Facebook MARA USA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd