Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Prasarana, Rapid KL Lancar Tren ‘Cerita Malaysiaku’ Sempena Hari Malaysia

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan sebuah tren bertemakan ‘Cerita Malaysiaku’ bersempena memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia ke-60 tahun.

Ini menunjukkan komitmen Prasarana dan Rapid Rail sebagai pengendali perkhidmatan rel di Lembah Klang dalam menyokong usaha kerajaan mempromosikan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Tren LRT Kelana Jaya dipilih menjadi platform bagi menjayakan usaha tersebut kerana mempunyai jumlah penumpang tertinggi serta jajaran melalui kawasan-kawasan berkepadatan tinggi termasuk segitiga emas Kuala Lumpur.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hadir bagi menyempurnakan majlis pelancaran dengan menaiki tren khas ‘Cerita Malaysiaku’ sambil mengedarkan Jalur Gemilang serta cenderahati kepada penumpang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Idea memperkenalkan usaha ini tercetus bagi menghargai negara Malaysia serta berkongsi fakta dan maklumat agar ianya sentiasa diperingati.

Bukan itu sahaja, para penumpang yang menaiki tren khas tersebut bakal disajikan dengan pelbagai info menarik di sepanjang perjalanan sebelum tiba ke destinasi ditujui.

Lebih mengagumkan, tren ini dibalut khas serta dihiasi dengan imej visual memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan budaya.

Dalam pada itu, orang ramai juga berpeluang melihat keunikan tema tren yang berbeza bagi setiap koc antaranya Rukun Negara, Negaraku, kebudayaan serta banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd