Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pos Malaysia, Galado Lancar Koleksi Edisi Terhad Buat Kali Kedua

Penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan syarikat aksesori teknologi pelindung Galado bekerjasama melancarkan koleksi edisi terhad buat kali kedua yang menampilkan beberapa barangan.

Koleksi tersebut merangkumi pelbagai aksesori telefon seperti Pemegang Telefon MagSafe Peti Pos Ikonik, Penggantung Telefon Pop Art Pos Malaysia, dan Tali Telefon Silang Badan Pos Malaysia.

“Koleksi itu meraikan Pos Malaysia sebagai jenama ikonik melalui reka bentuk inovatif dan ekspresi artistik.
“Salah satu koleksi adalah sarung telefon 2024 yang menampilkan enam ilustrasi reka bentuk tersendiri yang memberi penghormatan kepada warisan Pos Malaysia yang kaya.
“Koleksi tahun ini memperkenalkan tiga reka bentuk baharu sambil menambah baik tiga reka bentuk popular daripada koleksi sebelum ini.
“Kebanyakan reka bentuk ini menampilkan peti pos ikonik dan elemen jenama Pos Malaysia, dengan dua reka bentuk diilhamkan oleh Abang Pos,” kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan.

Pos Malaysia berkata, pihaknya bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang.

“Dengan memilih Pos Malaysia x Galado, pengguna bukan sahaja melindungi peranti mereka tetapi turut menyokong bakat tempatan dan meraikan warisan ikonik Pos Malaysia,” ujarnya.

Direkayasa dengan Teknologi ImpactPro, sarung telefon itu menyediakan perlindungan kejatuhan yang tiada tandingan bagi iPhone 12 hingga 16, Samsung S22 hingga S24, Samsung Galaxy Z Flip 3 hingga 6, dan Samsung Galaxy Z Fold 3 sehingga 6.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Koleksi Pos Malaysia x Galado boleh didapati di laman web rasmi Galado (https://galado.com.my) dengan harga RM129 sehingga RM149 untuk sarung, manakala RM69 sehingga RM89 bagi aksesori melalui penghantaran percuma Pos Laju.

Pesanan juga boleh dibuat melalui akaun Instagram Galado (@galadomy) dimana cetakan reka bentuk akan dihantar dalam masa satu hari bekerja, manakala reka bentuk ‘Abang Pos’ yang diperibadikan memerlukan 5 hingga 7 hari bekerja.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd