Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Serbu Restoran Guna Peralatan Papar Gambar Pemimpin Komunis

Polis menyerbu sebuah restoran barbeku selepas dikesan mempromosikan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis di Bandar Botanic, Klang semalam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis bertindak atas risikan yang dijalankan rentetan sebuah video berdurasi satu minit 25 saat yang tular di Youtube dipercayai dimuat naik oleh pemilik akaun ‘luiswong90.’

Foto: Astro Awani

“Polis mengambil tindakan segera dengan menyerbu restoran terbabit selepas terdapatnya elemen yang mempromosikan budaya komunis.
“Pada peringkat awal, kita menerima maklumat ini daripada pautan YouTube atas akaun ‘Luiswong90’ sebelum polis menjalankan risikan lanjut.
“Susulan daripada risikan yang dibuat, pihak Polis Daerah Klang Selatan kemudian melakukan serbuan serta menahan seorang lelaki yang merupakan pengurus restoran terbabit yang berusia 20 tahun,” katanya pada Khamis.

Foto: Youtube luiswong90

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil serbuan, polis merampas lima mangkuk seramik warna putih dengan catitan tulisan Bahasa Cina dan gambar muka Presiden Komunis China, Mao Zedong bersama rakan-rakannya.

Cawan kaca teh seramik tercatit tulisan Bahasa Cina berserta gambar, sudu sup seramik mempunyai gambar Mao Zedong dan resit perniagaan juga dirampas untuk tindakan lanjut.

Tambah Razarudin lagi, hasil soal-siasat lanjut terhadap suspek yang bekerja di premis itu sejak Oktober tahun lalu mendapati barangan peralatan hidangan itu dibeli oleh rakan pemilik restoran yang tinggal di negara China untuk digunakan di restoran tersebut.

Foto: Youtube luiswong90

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya lagi, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang pagi ini dan kini ditahan reman selama dua hari sehingga esok untuk membantu siasatan lanjut.

“Pada masa yang sama, polis juga akan membuat semakan status lesen perniagaan premis itu dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
“Selain itu, semakan juga akan dilakukan ke atas pemilik akaun ‘luiswong90’ kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
“Polis sentiasa komited dalam memastikan tiada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman dan keharmonian di dalam negara selain mendatangkan kegusaran awam,” tegasnya.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd