Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Didakwa Tembak Isteri Hingga Maut Merayu Nak Lawat Pusara Arwah

Anggota polis berpangkat Lans yang didakwa menembak isterinya, Safsufarnisya Salleh, 27 dengan lebih dari lima tembakan meminta agar dibawa ke pusara allahyarham.

Permintaan itu dibuat sewaktu dibawa keluar dari kandang pesalah Mahkamah Majistret pagi tadi.

“Saya nak cakap satu sahaja, saya nak lawat kubur bini (isteri) saya.” ujarnya.

Tenang ketika pertuduhan dibacakan

Memetik laporan dari Berita Harian, tertuduh, Mohamad Nizarman Hassim, 27 yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya di dalam sebuah rumah di Simpang Empatpada 5 Mac lalu hanya menjawab faham sewaktu  pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna merah dan seluar hitam kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bakal dihantar ke hospital psikiatri

Difahamkan, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dia juga tidak diwakili peguam dan pendakwaan tersebut dilaksanakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail.

Walau bagaimanapun, Nordin memohon mahkamah untuk mempertimbangkan agar tertuduh dihantar ke sebuah hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.

Ana Rozana kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh diperoleh.

Terdahulu, Mohamad Nizarman Hassim yang baru sahaja tamat shif tugasannya telah mengeluarkan pistol jenis Walther P99 dan melepaskan lebih lima das tembakan pada jarak dekat ke arah isterinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Setiu, Terengganu itu disaksikan bapa mentuanya kira-kira jam 6.45 pagi di dalam bilik di kediaman keluarga pasangan terbabit.

Sumber: Berita Harian (Aizat Sharif)

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Lokal

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah...

Lokal

Insiden melibatkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas mungkin disebabkan pelanggaran titik kritikal pada struktur pesawat berkenaan. Memetik laporan Bernama, perkara itu...

Spotlight

Ketegangan meningkat antara HYBE dan Ketua Pegawai Eksekutif ADOR, Min Hee Jin, berikutan tuduhan mengenai kumpulan K-pop baru, ILLIT yang didakwa meniru NewJeans dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd