Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Buru Pemandu Bas Pandu Sebelah Tangan Disyaki Mabuk

Polis kini sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres yang tular di media sosial selepas didakwa memandu secara berbahaya, termasuk hanya menggunakan sebelah tangan selain disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar memaklumkan, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik susulan penularan rakaman video tersebut ada Khamis.

Beliau berkata, video berdurasi satu minit 20 saat itu memaparkan pemandu terbabit memandu sambil bersandar ke belakang dan hanya memegang stereng dengan sebelah tangan ketika bas sedang bergerak pada waktu malam.

“Siasatan awal mendapati video tersebut mula tular sekitar jam 1.05 tengah hari tadi melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial.
“Bas ekspres berkenaan dipercayai bernombor pendaftaran BSB 4999 yang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.
“Lokasi kejadian dipercayai di sekitar Kilometer 196.1 arah selatan, namun masih dalam siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rakaman tular itu turut disertakan dengan dakwaan bahawa pemandu bas terbabit berada dalam keadaan mabuk dan bertindak memaki hamun penumpang selepas perbuatannya didakwa terbongkar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Ahmad menegaskan tindakan memandu menggunakan sebelah tangan boleh menjejaskan kawalan kenderaan, selain mengganggu tumpuan dan membahayakan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya lain.

“Sehubungan itu, polis meminta pemandu bas berkenaan tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah bagi membantu siasatan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian turut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-25435507 atau ke mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd