Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Buru Lelaki Tetak Pengawal, Curi 70 iPhone Di Kompleks Menara Condong

Seorang lelaki kini diburu polis selepas melarikan kira-kira 70 unit telefon pintar iPhone sekitar jumlah RM300,000 dalam sebuah kejadian samun di Kompleks Menara Condong, Teluk Intan, malam kelmarin.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada jam 2 pagi telah mengakibatkan seorang pengawal keselamatan cedera selepas ditetak dengan kapak dan diikat oleh suspek dalam tandas.

Difahamkan, suspek kemudiannya memecah masuk ke dalam premis telekomunikasi dan melarikan elefon bimbit yang terletak di rak pameran.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian berjaya menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan dan pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek,” katanya.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan dalam lingkungan usia 60 tahun telah mendapat rawatan dan kini dalam keadaan stabil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kejadian ini, polis meminta agar orang ramai yang mempunya maklumat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Hilir Perak di talian 05-62992222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Bernama 

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd