Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Bantuan Maut Bertembung 4×4 Babit Kemalangan Dengan 9 Lembu

Seorang anggota polis bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut apabila kereta yang dipandunya Honda Civic terlanggar dengan kereta jenis 4×4 yang  terbabit kemalangan dengan sembilan ekor lembu di kilometer 57 Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu dekat kampung Rhu Sepuluh, Setiu pada hari ini.

Dipetik daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, mangsa  dikenali sebagai Che Mohd Nasir Jaafar, 56, yang berasal dari Pasir Mas Kelantan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar jam 6 pagi.

 Foto: Sinar Harian

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyoto Hilux yang dipandu oleh seorang anggota bomba berusia 45 tahun telah terlanggar sembilan ekor lembu di atas jalan raya dan mengakibatkan kenderaan tersebut berada di laluan yang bertentangan,katanya.

Mohd Zain berkata, selang beberapa minit, pemandu telah keluar daripada kenderaan untuk membuat kawalan di lokasi kejadian dan tiba-tiba datang kereta Honda Civic yang dipandu mangsa dari arah bertentangan melanggar kereta Toyoto Hilux secara berhadapan.

Foto: Sinar Harian

Kedua-dua kenderaan telah mengalami remuk pada bahagian hadapan, manakala pemandu Toyoto Hilux pula berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala ketujuh-tujuh ekor lembu dilaporkan mati akibat dilanggar pemandu Toyota Hilux dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd