Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Umum Bantuan RM50Juta Disalur Terus Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan yang bantuan awal berjumlahRM50 juta akan disalurkan untuk mangsa banjir di Kelantan.

Setiap keluarga dapat RM1,000

Memetik laporan dari Harian Metro, beliau yang turun sendiri ke negeri di Pantai Timur itu untuk meninjau keadaan semasa menyatakan yang peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu akan disalurkan terus kepada mangsa banjir.

“Bagi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat ini kita luluskan peruntukan awal RM50 juta.
“Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung kepada kerugian yang dialami mangsa banjir,” katanya.

Ucap terima kasih kepada semua pihak kerana bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Dalam sidang media yang dibuat selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK (A) Lati, Kampung Banggol Manok, Anwar  mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak sama ada jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang membantu mangsa banjir.

“Dengan kerjasama kedua-dua pihak ini menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat.
“Apa yang penting kita mahu redakan tekanan yang dialami rakyat akibat banjir,” ujarnya.

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid02aDCUyEHQ1hapEQqGADTqF6b2LGojdtwj8nAmX68Xn4xP7ZdiwyaS3L5P2JSuv9rZl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Zahid Hamidi Arah Semua Kementerian Beri Bantuan Banjir Tanpa Kira Politik

Menjengah ke perkongsian beliau di laman Facebook, Ahli Parlimen Tambun itu memberitahu yang pihaknya mendengar sendiri masalah banjir yang dihadapi oleh mangsa-mangsa di PPS sewaktu datang membuat lawatan di sana.

Susulan daripada itu, beliau menjamin yang Kerajaan Persekutuan akan terus memantau situasi banjir ini dengan rapi dan memastikan mangsa-mangsa banjir mendapat tempat berteduh serta berusaha memampan dampak buruk musibah banjir.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim), Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd