Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Cadang Jemaah Menteri Alumni UM Sumbang Dana Kepada UMEF

Jemaah Menteri yang merupakan alumni Universiti Malaya (UM) dicadangkan membuat sumbangan dana RM10,000 untuk Tabung University Malaya Endowment Fund (UMEF) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jemaah menteri

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Buletin TV3, Anwar memaklumkan alumni universiti yang berpendapatan melebihi RM10,000 disarankan untuk menghulurkan dana sebanyak RM1,000 kepada tabung itu.

Tujuan utama inisiatif ini adalah bagi membantu pembangunan masa hadapan UM tanpa memberi tekanan kewangan kepada kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keseluruhan ini saya percaya kita boleh melepasi angka setengah bilion supaya tidak membebankan pemerintah dengan dana yang besar.
“Saya tidak mahu melepaskan tanggungjawab sebagai pemerintah, tetapi seperti yang kita tahu ada kekangan dan keterbatasan kerana keadaan ekonomi tidak diurus dengan bertanggungjawab,” katanya.

Perdana Menteri mendedahkan negara lebih terkenal dengan hutang mencecah RM1.5 trillion akibat kelemahan tatakelola dan rasuah.

“Pengurusan dana itu perlu lebih cekap dan sebahagian besar yang membantu mengurus rencana ekonomi itu adalah alumni UM,” katanya dalam ucapan sempena Malam Alumni Universiti Malaya.

Majlis Malam Alumni Universiti Malaya yang diadakan itu turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Canselor UM dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Artikel lain: Didakwa Buat Keputusan Tanpa Merujuk Jemaah Menteri, Mahathir Malu Tiga Bekas Menteri PH ‘Berbohong’

Lebih 2,000 alumni hadir, termasuk Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, acara tersebut diharap dapat memperkukuhkan hubungan antara alumni dan universiti serta membuka peluang rangkaian strategik dan kolaborasi berimpak tinggi.

Sumber: Buletin TV3 (Nur Amalina Zainudin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd