Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PLKN 3.0 Utamakan Pelajar Yang Pernah Sertai Aktiviti Kadet Sekolah – PM Anwar

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan diselaraskan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) diutamakan kepada pelajar-pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet sekolah.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan, pada Rabu.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

“Antara yang dibentangkan adalah status pelaksanaan program PLKN 3.0 yang akan bermula tahun 2025.
“Saya menekankan mengenai kepentingan pelaksanaan program ini dilaksana dengan teliti serta menambah baik pendekatan bersesuaian dengan peredaran keadaan semasa,” katanya.

Foto: Carian Google

Beliau menambah pelaksanaan PLKN dilihat penting kerana mampu melahirkan generasi anak muda Malaysia yang mempunyai daya tahan yang tinggi, cekal menopang rintangan kehidupan serta mampu menyumbang kepada negara selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, ia juga terkait dengan peranan setiap rakyat dalam membina negara bangsa.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

“Ia adalah mustahak usaha menyeluruh digembleng dalam memperkukuh jati diri, kekuatan iltizam bersama memajukan negara dan kesediaan untuk mempertahankan tanah air tercinta,” ujarnya lagi.

Bulan lalu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata MINDEF akan melaksanakan Latihan Percubaan PLKN 3.0 membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Januari depan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd