Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pertama Digital, Pos Malaysia Lancar KOCEK Tukar Duit Syiling

Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) mengumumkan kolaborasi bersama Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) untuk lancar Perkhidmatan Pertukaran Syiling KOCEK (KOCEK) yang tukar duit syiling kepada nilai digital.

Lancar KOCEK Untuk Tukar Duit Syiling

Lancar KOCEK Untuk Tukar Duit Syiling

Melalui kolaborasi ini, KOCEK menawarkan perkhidmatan pertukaran duit syiling inovatifnya di cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

Buat masa sekarang, perkhidmatan ini boleh didapati di empat lokasi di Lembah Klang dan dijangka akan dikembangkan ke kira-kira 30 cawangan menjelang hujung tahun ini.

Lancar KOCEK Untuk Tukar Duit Syiling

Ahmad Maslan lancar KOCEK untuk tukar duit syiling kepada nilai digital sebagai gimik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu kenyataan media, Pertama Digital berkata perkhidmatan KOCEK akan berkembang ke negeri-negeri lain secara berperingkat pada tahun 2024 dengan pelan untuk melancarkan perkhidmatannya ke 100 lokasi.

Pengerusi Pertama Digital, Datuk Ahmad Nazri Abdullah menyatakan kebanggaannya untuk bekerjasama dengan Pos Malaysia.

“Kami gembira untuk menjadikan produk dan perkhidmatan KOCEK mudah digunakan oleh rakyat melalui rangkaian luas Pos Malaysia.

Lancar KOCEK Untuk Tukar Duit Syiling

“Dengan kehadiran mereka di bandar-bandar utama dan kawasan luar bandar, KOCEK dapat mencapai lebih banyak orang dengan cepat dan efisien.
“Dalam persekitaran ekonomi hari ini, setiap sen penting dan KOCEK bertujuan untuk menghasilkan pendapatan tambahan bagi semua orang,” kata beliau.

Tambah beliau, ia mencerminkan nilai-nilai Pos Malaysia dalam mendorong inovasi dan menyampaikan kegembiraan kepada pelanggan kami.

Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyampaikan ucaptama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lancar KOCEK Untuk Tukar Duit Syiling

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar Syed A.R. dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Charles Brewer.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wakil kepada Pos Malaysia, Charles berkata pihaknya juga gembira untuk berganding bahu bersama Pertama Digital untuk perkhidmatan KOCEK.

“Kami gembira berganding bahu dengan KOCEK kerana ia selaras dengan tujuan Pos Malaysia dan bersemangat untuk membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa depan yang cemerlang.
“Pengenalan perkhidmatan KOCEK di cawangan Pos Malaysia adalah bukti sebenar kepada komitmen kami untuk menawarkan penyelesaian yang efektif untuk keperluan harian komuniti kami,” kata Charles.

Lancar KOCEK Untuk Tukar Duit Syiling

Sebelum ini, perkhidmatan inovatif ini dimulakan oleh Pertama Digital untuk merangsang semula pengedaaran semula syiling yang tidak digunakan di kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana, setiap tahun sejumlah besar wang syiling dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak dikembalikan untuk pengedaran semula dengan anggaran 30% tidak digunakan dan disimpan di rumah.

KOCEK, sebelum ini dikenali sebagai MyPay Coin Conversion menawarkan penyelesaian yang lancar bagi individu untuk menukarkan syiling yang tidak digunakan kepada nilai digital dalam akaun bank mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, peniaga dan pedagang boleh membeli syiling untuk keperluan perniagaan mereka, menangani titik kesulitan pengguna dan perniagaan meningkatkan kuasa beli mereka.

+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd