Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pernah Berada Di Penjara, Anwar Ibrahim Tegaskan Tiada Lagi Hukuman Sebat Kepada TKI

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke Indonesia bagi mengadakan satu lawatan rasmi pertamanya di sana.

Kehadiran beliau ke Indonesia selama dua hari diiringi oleh isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah dan juga Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; serta Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq.

Indonesia sahabat sejati

Memetik laporan dari Sinar Harian, Anwar menyifatkan Indonesia sebagai sahabat sejati kerana  menerima beliau ketika dalam keadaan terlempar, terbuang dan tersisih.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter mengambil dari siaran langsung CNN Indonesia, Anwar ada menyebut perihal pemansuhan hukuman yang dikenakan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengar sendiri rintihan TKI sewaktu di penjara

Menerusi kenyataan Anwar, hukuman sebat terhadap TKI dan PATI sudah dimansuhkan kerana beliau sendiri pernah berada di penjara serta mendengar hukuman tersebut dijalankan.

Atas dasar manusiawi, beliau dengan tegas ingin hukuman tersebut tidak dilaksanakan semula dan ia menjadi salah satu perbincangan bersama Presiden Indonesia sewaktu pertemuan selama dua hari ini.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mereka menyuarakan pendapat masing-masing di media sosial. Kebanyakan mereka bersetuju dengan pandangan tersebut dan berharap hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia terus terjalin dengan harmoni.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada isu tersebut, beberapa lagi perkara penting dibincangkan Anwar dan Jokowi dalam pertemuan di Istana Bogor, Jawa Barat.

Sumber: Twitter @RashidYusoff11, YouTube CNN Indonesia

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd